Selamat Datang

Blog Panitia Geografi SMK BPJ(A) mengalu-alukan kedatangan anda semua...

Thursday, October 15, 2009

GEOMORFOLOGI



Bentuk muka bumi di Malaysia sentiasa mengalami perubahan akibat proses luluhawa, hakisan, mendapan dan kegiatan manusia.

LULUHAWA - proses pemecahan batuan secara beransur-ansur untuk menjadi serpihan kecil.

HAKISAN - permukaan bumi direndahkan oleh agen hakisan seperti sungai mengalir, angin dan ombak.

MENDAPAN - tanih yang terhakis diangkut dan dimendapkan sebagai mendapan aluvium di lembah sungai, kipas aluvium atau delta dan bukit pasir pantai atau permatang.

KEGIATAN MANUSIA - mengubah bentuk muka bumi seperti yang berikut :
a) perlombongan
b) pembinaan benteng
c) pengorekan (kuari)
d) perataan bukit
e)pembinaan sistem tali air
f)penebusgunaan tanah
g)membina benteng
h)mendalamkan dasar laut
i)membina empangan
j)kegiatan pembalakan

Wednesday, October 14, 2009

SOALAN GEOGRAFI

SOALAN GEOGRAFI TEMA CUACA DAN IKLIM TINGKATAN DUA



Tajuk: Cuaca dan Iklim serta Pengaruhnya

Soalan 1 berdasarkan pernyataan di bawah.




Pernyataan di atas berkaitan dengan ...

A. Ekuinoks musim bunga
B. Ekuinoks musim luruh
C. Solstis musim panas
D. Solstis musim sejuk

Soalan 2 berdasarkan rajah di bawah.



Antara yang berikut, pernyataan yang manakah dikaitkan dengan rajah tersebut?

A. Kejadian siang dan malam
B. Air laut pasang dan surut
C. Pembiasan angin
D. Kejadian empat musim








Soalan 3

Kawasan Jelebu, Kuala Pilah menerima purata hujan tahunan kurang daripada 1500mm kerana

A. terletak di pedalaman
B. kawasannya berhutan tebal
C. terlindung daripada angin lembap
D. terletak di kawasan tanah tinggi


Soalan 4 berdasarkan rajah di bawah.


Kawasan yang menerima hujan yang paling sedikit.
A. I
B. II
C. III
D. IV

TEMA : Cuaca dan Iklim (Contoh soalan)

PETA MALAYSIA