Selamat Datang

Blog Panitia Geografi SMK BPJ(A) mengalu-alukan kedatangan anda semua...

Friday, June 18, 2010

Hakisan sungai bahayakan penduduk



Sungai Damansara Damai membimbangkan penduduk setempat kerana kejadian tanah runtuh ekoran cuaca yang tidak menentu akhir-akhir ini.
Punca utama kejadian tanah runtuh ialah pembinaan tapak petempatan yang telah digondolkan.
Semua pihak seharusnya bertanggungjawab menjaga alam sekitar di samping projek pembangunan yang ingin didirikan.

Sumber : Sinar harian.

Banjir lumpur terburuk



Kerja pembersihan sisa lumpur dilakukan pekerja Lebuhaya Cheras-Kajang.Turut kelihatan kesesakan yang berlaku di lebuhraya berkenaan akibat banjir lumpur itu.

Sepatutnya kita bersyukur dan menghargai alam persekitaran kita dengan sebaik-baiknya.

Sumber: Sinar Harian 15 Mei 2010

Harimau bintang -paling pantas di bumi !



Harimau bintang adalah haiwan paling pantas di bumi.Binatang itu mampu berlari selaju 110 kilometer sejam. Percayakah anda ???

Info harian metro

Sungai Nil terpanjang di dunia



Nil adalah sungai terpanjang di dunia.Ia mengalir merentasi kebanyakan negara di Afrika sejauh 6400 kilometer


Sumber : Harian metro

Monday, April 26, 2010

Tahukah anda???



Tahukah anda - kawasan di Antartika pernah mencatat suhu terendah -89 darjah Celcius.Segelas teh panas boleh beku serta merta dalam suhu sedemikian.

--Info minda Metro 26 Apr.2010--

Saturday, April 10, 2010

"Syurga flora dan fauna"



Kawasan seluas 26000 hektar jadi rumah kepada 1000 spesies tumbuhan, 250 spesies burung, 90 spesies reptilia dan 50 spesies mamalia.

"SELAMAT DATANG KE SANTUARI HIDUPAN LIAR HILIR KINABATANGAN"



Malaysia boleh berbangga dengan Santuari Hidupan Liar di Sabah.Sungai KInabatangan sepanjang 560 km mengalir dari banjaran pergunungan sehingga ke laut Sulu menjadi tumpuankepada hidupan unik termasuk monyet probosis dan gajah pigmi yang hanya terdapat di Borneo.

Dipetik daripada Variasi Metro, 8 April 2010

Monday, March 29, 2010

Kajian Geografi Tempatan - PMR 2010

Semua pelajar tingkatan 3 perlu menjalankan kerja kursus geografi Tingkatan 3 2010.
Tajuk kajian yang telah dipilih ialah :

""Amalan kitar semula di kawasan kajian Bandar Puchong Jaya, Puchong ""

Diharap semua pelajar tingkatan 3 telah bertindak mulai sekarang untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan bimbingan semua guru geografi.

Thursday, March 18, 2010

Ngauman singa hampir pupus



Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer

Sunday, March 14, 2010

Hidupan fauna yang UNIK



Ular sawa boleh membaham haiwan sebesar lembu jantan.Namun, reptilia itu lebih suka mencari mangsa lebih kecil untuk memudahkan menelan.Ia bertelur dan menetas dengan memanaskan telur itu di sekitar badannya.



Walaupun king kong disifatkan sebagai haiwan garang, bengis dan berbahaya tetapi ia sebenarnya lemah lembut dan pemalu.



Bangga...Saya berani berhadapan dengan ular berbisa (Fauzi Syarwani,Kuantan Pahang.

Wednesday, March 3, 2010

Bencana alam - gempa bumi di Chile

Satu daripada gempa bumi terkuat di dunia yang berlaku di Chile kelmarin( catatan akhbar pada 1 Mac 2010) telah memusnahkan banyak kediaman, jambatan dan lebuh raya di tengah negara itu dan menyebabkan tsunami di beberapa pelusuk dunia.






Kesan gempa bumi menyebabkan tsunami berlaku di Pantai Pasifik ( dari Timur Russia dan Jepun hingga ke Pulau Chatham di New Zealand



**** KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA SEHARUSNYA BERSYUKUR KERANA KEDUDUKAN MALAYSIA YANG SELAMAT DAN MASIH TERLINDUNG DARIPADA ANCAMAN BENCANA ALAM.....

Saturday, February 27, 2010

MESIN GETAH KEPING

Selepas susu getah menjadi beku,susu tersebut akan dimasukkan ke mesin ini untuk dijadikan kepingan getah


Seterusnya kepingan getah dicorakkan dengan corak bunga menggunakan mesin ini.

Wednesday, February 24, 2010

Gambar paku pakis dan pokok getah

Jenis pokok paku pakis

Susu getah yang akan diproses menjadi getah keping atau skrap getah


Pokok getah yang telah ditoreh

Tuesday, February 16, 2010

Panorama petang di Putrajaya

BUNGA-BUNGAAN DAN POKOK RENEK DI SEBUAH TAMAN ,PUTRAJAYA










Pemandangan di sebuah taman,Putrajaya



Pemandangan di Tasik Putrajaya

Wednesday, January 27, 2010

Guru-Guru Geografi SMKBPJ(A)... yang berdedikasi



GURU - GURU GEOGRAFI

Ketua Panitia : Pn.Bibiana John Jacob

Pen.KP : Pn.Sharifah Fatimah Sayyid Jaafar

Guru - Guru Geografi :

En.Gopal,Pn.Ramziah, En.Nawi,Cik Hazwani, Pn.Rohati

* Sebarang masalah berkaitan mata pelajaran geografi, boleh menghubungi kami *

Tuesday, January 26, 2010

NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA


KEDUDUKAN MALAYSIA

1. Terletak di Asia Tenggara, iaitu berhampiran dengan
garisan Khatulistiwa.

2. Garis lintang 1 darjah Utara hingga 7 darjah Utara
dan garis bujur 100-120 darjah timur.

3. Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri.

4. Kuala Lumpur ialah ibu kota dan bandar raya
utama Malaysia.

5. Sarawak merupakan negeri terbesar dan Perlis
ialah negeri yang paling kecil di Malaysia.

Monday, January 25, 2010

Bentuk Muka Bumi Pinggir Laut

BENTUK MUKA BUMI DI KAWASAN PINGGIR LAUT

Pembentukan bentuk muka bumi fizikal di kawasan pinggir laut dikaitkan dengan proses hakisan dan pemendapan ombak.

Pantai


- terbentuk hasil pemendapan di pinggir laut



Teluk




- pinggir laut yang melengkung ke daratan dan terlindung daripada tiupan
angin kencang




Tebing tinggi



- daratan yang menghadap laut yang bercerun curam




Tanjung




- pinggir laut yang menganjur dari daratan

Gua



- lubang di tebing tinggi terbentuk akibat tindakan hakisan ombak


Gerbang Laut


- terbentuk apabila dua gua yang bertentangan bercantum akibat hakisan ombak


Batu Tunggul


- terbentuk apabila gerbang laut runtuh akibat hakisan ombak




Tunggul Sisa


- terbentuk apabila batu tunggul mengalami hakisan berterusan

Thursday, January 21, 2010

Pertanian di Malaysia


Pertanian meliputi 20 % (kira-kira 6.6 juta hektar)daripada jumlah keluasan kawasan tanah di Malaysia.Banyak industri berkembang akibat pembangunan dalam pertanian.
Contohnya industri memproses makanan seperti minyak masak dan industri tayar.

Padi merupakan makanan ruji penduduk Malaysia.Dataran Kedah - Perlis digelar "Jelapang Padi Malaysia"
Keadaan yang sesuai untuk tanaman padi ialah :
-tanah rata
-tanih aluvium subur
-hujan tahunan lebih 2000mm
-air yang mencukupi semasa padi membesar
-cuaca yang baik semasa musim menuai

Getah pula merupakan antara tanaman eksport utama Malaysia.Industri getah menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk.Kebanyakan getah ditanam di kebun kecil yang kurang daripada 40 hektar.
Negeri Johor merupakan pengeluar getah yang terbesar di Malaysia.

Getah digunakan untuk membuat tayar,tapak kasut,kusyen,tilam dan sebagainya.

Seterusnya koko merupakan tanaman jualan yang semakin penting di Malaysia.Sabah merupakan negeri pengeluar koko utama di Malaysia.
Tanaman-tanaman lain

Contoh tanaman lain di Malaysia ialah nanas, lada hitam,teh,tembakau,tebu,kopi,abaka,sagu, ubi kayu dan kelapa.