Selamat Datang

Blog Panitia Geografi SMK BPJ(A) mengalu-alukan kedatangan anda semua...

Monday, April 26, 2010

Tahukah anda???



Tahukah anda - kawasan di Antartika pernah mencatat suhu terendah -89 darjah Celcius.Segelas teh panas boleh beku serta merta dalam suhu sedemikian.

--Info minda Metro 26 Apr.2010--

Saturday, April 10, 2010

"Syurga flora dan fauna"



Kawasan seluas 26000 hektar jadi rumah kepada 1000 spesies tumbuhan, 250 spesies burung, 90 spesies reptilia dan 50 spesies mamalia.

"SELAMAT DATANG KE SANTUARI HIDUPAN LIAR HILIR KINABATANGAN"



Malaysia boleh berbangga dengan Santuari Hidupan Liar di Sabah.Sungai KInabatangan sepanjang 560 km mengalir dari banjaran pergunungan sehingga ke laut Sulu menjadi tumpuankepada hidupan unik termasuk monyet probosis dan gajah pigmi yang hanya terdapat di Borneo.

Dipetik daripada Variasi Metro, 8 April 2010

Monday, March 29, 2010

Kajian Geografi Tempatan - PMR 2010

Semua pelajar tingkatan 3 perlu menjalankan kerja kursus geografi Tingkatan 3 2010.
Tajuk kajian yang telah dipilih ialah :

""Amalan kitar semula di kawasan kajian Bandar Puchong Jaya, Puchong ""

Diharap semua pelajar tingkatan 3 telah bertindak mulai sekarang untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan bimbingan semua guru geografi.

Thursday, March 18, 2010

Ngauman singa hampir pupus



Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer

Sunday, March 14, 2010

Hidupan fauna yang UNIK



Ular sawa boleh membaham haiwan sebesar lembu jantan.Namun, reptilia itu lebih suka mencari mangsa lebih kecil untuk memudahkan menelan.Ia bertelur dan menetas dengan memanaskan telur itu di sekitar badannya.



Walaupun king kong disifatkan sebagai haiwan garang, bengis dan berbahaya tetapi ia sebenarnya lemah lembut dan pemalu.



Bangga...Saya berani berhadapan dengan ular berbisa (Fauzi Syarwani,Kuantan Pahang.

Wednesday, March 3, 2010

Bencana alam - gempa bumi di Chile

Satu daripada gempa bumi terkuat di dunia yang berlaku di Chile kelmarin( catatan akhbar pada 1 Mac 2010) telah memusnahkan banyak kediaman, jambatan dan lebuh raya di tengah negara itu dan menyebabkan tsunami di beberapa pelusuk dunia.






Kesan gempa bumi menyebabkan tsunami berlaku di Pantai Pasifik ( dari Timur Russia dan Jepun hingga ke Pulau Chatham di New Zealand



**** KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA SEHARUSNYA BERSYUKUR KERANA KEDUDUKAN MALAYSIA YANG SELAMAT DAN MASIH TERLINDUNG DARIPADA ANCAMAN BENCANA ALAM.....

Saturday, February 27, 2010

MESIN GETAH KEPING

Selepas susu getah menjadi beku,susu tersebut akan dimasukkan ke mesin ini untuk dijadikan kepingan getah


Seterusnya kepingan getah dicorakkan dengan corak bunga menggunakan mesin ini.