Selamat Datang

Blog Panitia Geografi SMK BPJ(A) mengalu-alukan kedatangan anda semua...

Wednesday, January 27, 2010

Guru-Guru Geografi SMKBPJ(A)... yang berdedikasi



GURU - GURU GEOGRAFI

Ketua Panitia : Pn.Bibiana John Jacob

Pen.KP : Pn.Sharifah Fatimah Sayyid Jaafar

Guru - Guru Geografi :

En.Gopal,Pn.Ramziah, En.Nawi,Cik Hazwani, Pn.Rohati

* Sebarang masalah berkaitan mata pelajaran geografi, boleh menghubungi kami *

Tuesday, January 26, 2010

NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA


KEDUDUKAN MALAYSIA

1. Terletak di Asia Tenggara, iaitu berhampiran dengan
garisan Khatulistiwa.

2. Garis lintang 1 darjah Utara hingga 7 darjah Utara
dan garis bujur 100-120 darjah timur.

3. Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri.

4. Kuala Lumpur ialah ibu kota dan bandar raya
utama Malaysia.

5. Sarawak merupakan negeri terbesar dan Perlis
ialah negeri yang paling kecil di Malaysia.

Monday, January 25, 2010

Bentuk Muka Bumi Pinggir Laut

BENTUK MUKA BUMI DI KAWASAN PINGGIR LAUT

Pembentukan bentuk muka bumi fizikal di kawasan pinggir laut dikaitkan dengan proses hakisan dan pemendapan ombak.

Pantai


- terbentuk hasil pemendapan di pinggir laut



Teluk




- pinggir laut yang melengkung ke daratan dan terlindung daripada tiupan
angin kencang




Tebing tinggi



- daratan yang menghadap laut yang bercerun curam




Tanjung




- pinggir laut yang menganjur dari daratan

Gua



- lubang di tebing tinggi terbentuk akibat tindakan hakisan ombak


Gerbang Laut


- terbentuk apabila dua gua yang bertentangan bercantum akibat hakisan ombak


Batu Tunggul


- terbentuk apabila gerbang laut runtuh akibat hakisan ombak




Tunggul Sisa


- terbentuk apabila batu tunggul mengalami hakisan berterusan

Thursday, January 21, 2010

Pertanian di Malaysia


Pertanian meliputi 20 % (kira-kira 6.6 juta hektar)daripada jumlah keluasan kawasan tanah di Malaysia.Banyak industri berkembang akibat pembangunan dalam pertanian.
Contohnya industri memproses makanan seperti minyak masak dan industri tayar.

Padi merupakan makanan ruji penduduk Malaysia.Dataran Kedah - Perlis digelar "Jelapang Padi Malaysia"
Keadaan yang sesuai untuk tanaman padi ialah :
-tanah rata
-tanih aluvium subur
-hujan tahunan lebih 2000mm
-air yang mencukupi semasa padi membesar
-cuaca yang baik semasa musim menuai

Getah pula merupakan antara tanaman eksport utama Malaysia.Industri getah menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk.Kebanyakan getah ditanam di kebun kecil yang kurang daripada 40 hektar.
Negeri Johor merupakan pengeluar getah yang terbesar di Malaysia.

Getah digunakan untuk membuat tayar,tapak kasut,kusyen,tilam dan sebagainya.

Seterusnya koko merupakan tanaman jualan yang semakin penting di Malaysia.Sabah merupakan negeri pengeluar koko utama di Malaysia.
Tanaman-tanaman lain

Contoh tanaman lain di Malaysia ialah nanas, lada hitam,teh,tembakau,tebu,kopi,abaka,sagu, ubi kayu dan kelapa.